LANGKAH 1
==========
Pilih hartanah yang anda mahu beli.
LANGKAH 2
==========
- Tandatangan LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer yang disediakan oleh ejen hartanah.
- Pastikan ejen hartanah tu berdaftar yang sah dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).
- Jangan guna ejen haram yang tak berdaftar sebab dah banyak kes tipu dan naya je kalau duit lesap!
LANGKAH 3
==========
- Bayar jumlah 3% daripada harga pembelian
rumah sebagai bayaran booking.
- 21 hari bekerja dari tempoh bayaran deposit, anda kena siapkan SPA dan mendapatkan kelulusan pinjaman dari pihak bank.
- Dan pastikan booking ini dibayar hanya kepada syarikat ejen hartanah
atau syarikat guaman anda. Jangan sekali-kali bayar kepada mana2
individu, baik ejen mahupun tuan punya
rumah.
LANGKAH 4
==========
- Pastikan pemilik
rumah
atau penjual tandatangan pada LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of
Offer dan berikan kepada anda/ejen salinan SPA pembelian beliau untuk
buktikan yang mereka adalah pemilik
rumah yang sahih.
LANGKAH 5
==========
- Guna LOA untuk memohon pinjaman dari pihak bank untuk pembelian
rumah.
- Pastikan korang apply kepada minimum 4 bank untuk pinjaman.
LANGKAH 6
==========
- Upah peguam yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah
untuk mulakan persediaan perjanjian SPA.(Sales & Purchase
Agreement).
LANGKAH 7
==========
- Tandatangan dokumen SPA.
- Pastikan korang dah dapat sekurang-kurangnya 1 loan yang dah approve
sebelum korang tandatangan SPA.
- JANGAN TANDATANGAN SPA SELAGI BELUM ADA MINIMA SATU LOAN YANG DAH LULUS.
LANGKAH 8
==========
- Bayar baki 7% deposit pembelian
rumah.
- Dalam
langkah 3, kita sudah bayar 3%. Perlu cukupkan sampai 10% bila tandatangan SPA.
LANGKAH 9
==========
- Tunggu 3-6 bulan untuk pihak bank membayar penjual jumlah yang
tertunggak ( Baki 90%, lepas korang dah bayar 10%). Pastikan korang
telefon peguam korang tiap-tiap minggu untuk pastikan yang peguam korang
tak tidur dan kes korang ada kemajuan.
LANGKAH 10
===========
- Bank sudah jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual. Peguam anda akan menguruskan proses pengambilan kunci.
LANGKAH 11
===========
- Pemilik
rumah atau penjual kosongkan
rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang sudah berjaya. Anda dapat kunci
rumah dan
rumah itu kini milik anda.
#TipsHartanah
Inginkan khidmat jual beli rumah dari agen hartanah berdaftar? Boleh
terus inbox : Industri Hartanah @ Whatsapp/call : 017-6119716 (Yan)